Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi bayangan parti itu bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, 16 Nov depan.
Berucap merasmikan Konvensyen UMNO Johor, di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata pengundi Melayu di kawasan berkenaan mahukan perubahan di kawasan tersebut.
"Ya, kerusi tradisi adalah kerusi MCA. Kita tahu bahawa 56.9 peratus atau hampir 57 peratus daripada pengundi Tanjung Piai adalah orang Melayu.
"UMNO dan orang Melayu di Tanjung Piai mahukan perubahan. Namun, MCA juga mahu mengekalkan tradisinya. Tidak ada sesuatu yang mustahil, jika MCA dapat berbesar hati, MCA dapat berlapang dada kan," katanya.
Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohamad dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Ditanya pemberita maksud di sebalik MCA perlu berlapang dada itu selepas majlis perasmian berkenaan, Ahmad Zahid berkata: "MCA sentiasa berlapang dada sama seperti MIC di PRK Cameron Highlands,"
Ahmad Zahid dalam ucapannya, turut mengumumkan Hasni sebagai Pengarah Pilihan Raya PRK Tanjung Piai manakala Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai Datuk Jefridin Atan sebagai Pengarah Operasi.
PRK Parlimen Tanjung Piai yang merupakan PRK kesembilan selepas PRU14 diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas, berikutan komplikasi jantung.
Pada PRU14, Dr Md Farid yang merupakan seorang pakar bius dan Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tanjung Piai memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 524 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 05 2019
ZAHID: "MCA sentiasa berlapang dada sama seperti MIC di PRK Cameron Highlands." - Gambar fail
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Malaysia, Korea Selatan sambung semula perjanjian perdagangan bebas - MITI
Malaysia dan Korea Selatan menyambung semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea (MKFTA) yang dijangka dapat meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala antara kedua-dua negara.
Gencatan senjata di Gaza: Malaysia sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB
Malaysia sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung gencatan senjata serta-merta di Gaza, pada Isnin.
Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon menuntut janji yang diberikan bahawa kualiti padang akan berada dalam keadaan terbaik.
Malaysia kecam serangan keganasan di Rusia
Malaysia menyertai masyarakat antarabangsa mengecam sekeras-kerasnya serangan keganasan di Moscow, Rusia.
Kelayakan Piala Dunia: Jurulatih Oman nak tengok dulu keadaan padang
Oman tidak melatah di sebalik desas-desus mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi perlawanan Selasa ini.
Malaysia terima 348 penilaian susulan pembentangan UPR Keempat di Geneva
Malaysia menerima sebanyak 348 penilaian daripada 130 negara susulan pembentangan laporan negara dalam sesi Penilaian Berkala Sejagat (UPR) Keempat, Januari lepas.
Malaysia mungkin salur bantuan kemanusiaan di Gaza melalui "air drop"
Malaysia tidak menolak kemungkinan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bagi penduduk di Gaza secara 'air drop' atau digugurkan melalui ruang udara.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
Inisiatif kod QR: ICA Singapura ingatkan pengembara berkereta bawa pasport
ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan identiti di pusat pemeriksaan Malaysia.