Identiti kanak-kanak Malaysia berusia 8 tahun yang maut selepas terpelanting daripada permainan berputar di Royal Adelaide Show, Australia, Jumaat lalu telah dikenalpasti sebagai Adelene Leong.
Polis Australia Selatan menyiarkan gambar Adelene yang dipilih oleh ibunya di laman Facebook dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan permainan itu tampil untuk membantu siasatan.
"Kami berharap untuk mendapatkan maklumat daripada sesiapa yang ada mengambil gambar atau rakaman video permainan Airmaxx 360 - sewaktu sedang bergerak di Showgrounds pada Jumaat," kata Ketua Inspektor Selena Dinning dari Sturt Local Service Area.
"Kami juga berharap untuk mendapatkan maklumat daripada mereka yang berada di kawasan kejadian ketika berlaku insiden tragis ini atau sesiapa yang mengalami apa-apa perkara luar biasa sewaktu menaiki permainan itu."
Polis juga mendapati permainan itu mempunyai syarat had minimum yang diperlukan iaitu 120cm - di mana Adelene melepasi had ketinggian itu.
"Permainan itu telah disita oleh Agensi Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Australia Selatan (SafeWork SA) dan ia kekal dalam keadaan sedia ada buat ketika ini " beliau menambah.
"Polis juga masih meneruskan penyiasatan dengan kerjasama SafeWork SA untuk menyiasat penuh punca kejadian tragis itu dan sedang menyediakan laporan untuk pihak koroner".
Adelene, dilaporkan melawat Australia bersama keluarganya, tercampak dari permainan AirMaxx 360 yang mempunyai ukuran 15 meter panjang dan 18 meter lebar dan mampu membawa 24 orang pada satu-satu masa.
Polis memberitahu mangsa kemudian dirawat oleh paramedik dan dibawa ke Hospital Adelaide tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.
Royal Adelaide Show menarik kira-kira setengah juta pengunjung setiap tahun dan ia merupakan acara tahunan terbesar di Australia Selatan. Ia menyediakan pelbagai permainan hiburan dan juga pertunjukan haiwan.
Astro Awani
Thu Sep 18 2014
Kanak-kanak Malaysia maut di Adelaine dikenalpasti sebagai Adelene Leong - Gambar oleh Polis Australia Selatan/FB
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Kanak-kanak Malaysia maut di Adelaide dikenalpasti sebagai Adelene Leong
Kanak-kanak 8 tahun yang maut selepas jatuh dari permainan berputar di Royal Adelaide Show in Australia Jumaat lalu telah dikenalpasti.