Hasil serbuan polis merampas wang tunai kira-kira RM50,000 termasuk 40 ekor ayam sabung serta pelbagai peralatan untuk sabung ayam.
Bunyi letupan mercun yang dilontar anggota polis mengejutkan segerombolan kaki judi yang sedang leka bertaruh judi sabung ayam di kebun kelapa sawit dekat Kuala Ketil, Kedah malam tadi.