Tutup

The Westin Langkawi Resort & Spa lokasi ideal APEC 2020

Berlatarbelakang Laut Andaman dan keindahan panorama gugusan kepulauan Kedah, penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa seperti Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau APEC semestinya memerlukan lokasi ideal dan strategik. Pemilihan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), terletak di the Westin Langkawi Resort & Spa sebagai lokasi mesyuarat lebih 350 pegawai-pegawai kanan anggota ekonomi APEC cukup ideal untuk mencambah idea dan berkongsi pandangan masing-masing.