Tutup

#Wanitakerja: Jangan perbesarkan isu kebenaran suami

Semua pihak sewajarnya tidak memperbesarkan isu kebenaran suami terutama bagi inisiatif #wanitakerja yang akan diperkenalkan kerajaan tahun hadapan. Tegas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kedah, Halimaton Saadiah Saad, golongan suami dan isteri terlebih dahulu perlu berbincang secara terperinci agar keputusan terbaik dapat dicapai tanpa wujudnya sebarang isu besar yang boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.