Wanita maut jatuh perigi dalam rumah

Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 3 meter di kawasan rumahnya di Sengkang Batu 20, Bukit Gambir, Muar pada Ahad. Ia berlaku kira kira jam 7.47 pagi selepas bomba menerima panggilan daripada suami mangsa berhubung kejadian itu.