Usul isytihar harta DUN Perak dibentang minggu depan

Usul semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dikehendaki mengisytiharkan harta mereka akan dibentangkan di dalam Sidang DUN yang dijadualkan selasa hingga Khamis depan. Mereka dikehendaki mengisytiharkan harta, termasuk harta isteri atau suami, anak dan akaun pemegang amanah kepada Speaker DUN dalam masa tiga bulan selepas usul diluluskan.