UMNO akan mudahkan penyertaan golongan muda

UMNO akan meminda perlembagaan partinya dalam satu mesyuarat agung luar biasa pada November nanti bagi memudahkan pendaftaran keahlian secara dalam talian. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan pindaan itu dibuat bagi membolehkan penyertaan lebih ramai orang Melayu terutama kepada orang muda yang selama ini merasa sukar untuk menyertai parti itu. Jelas beliau perlembagaan parti sedia ada menyukarkan penyertaan terutama kepada golongan muda. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.