Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Umat Islam perlu waspada cubaan cemar institusi Islam

Umat Islam di negara ini perlu waspada dengan pelbagai serangan yang dilakukan secara terancang terhadap institusi Islam di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu perlu dinilai serta difahami oleh umat Islam sebaik mungkin bagi menghindarkan mereka daripada terpedaya dengan pelbagai dakyah yang disebarkan.