Ukraine, Belanda bincang kerjasama siasatan nahas MH17

Ketua Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Ukraine dan Belanda mengadakan pertemuan pada Isnin bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua negara berhubung siasatan nahas pesawat MH 17. Dalam perbincangan itu kesemua pegawai yang terlibat berikrar untuk terus menyelaras kerjasama mereka dalam pasukan siasatan bersama (JIT) dalam usaha mengheret pesalah yang menyebabkan nahas tersebut ke muka pengadilan.