Tutup

Ucaptama Anwar pada Konvensyen Reformis 2019

Konvensyen anjuran Otai Reformis 1998 yang bertemakan 'Reformasi tetap menyala selagi reformis masih bernyawa' itu menyemarakkan dan mengukuhkan semangat besar reformasi dalam perjuangan melawan ketidakadilan, kemiskinan, rasuah dan salah guna kuasa terlaksana sejak 21 tahun dahulu. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua pemimpin PKR yang berada di dalam juga Kabinet tidak harus melupakan jasa Otai Reformis 1998 yang berjuang sehingga berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.