Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tun M sekali lagi bakal terima anugerah ijazah doktor kehormat

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal dianugerahi ijazah kedoktoran kehormat dalam seni bagi bidang kepimpinan sosial, keusahawanan dan politik daripada rangsit University, Thailand pada lawatannya bermula hari ini. Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan tinggi yang diberikan oleh golongan akademik Thailand kepada beliau.