Tun M pertimbang cadangan swastakan Malaysia Airlines

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mengemukakan cadangan bagi menyelamatkan Malaysia Airlines Berhad (MAB). Tegas Dr Mahathir, cadangan itu turut meliputi pengambil alihan syarikat penerbangan nasional itu oleh pihak swasta.