Tular curi lembu hanya salah faham

Kejadian kecurian lembu yang didakwa berlaku di Kampung Chabang, Kemaman oleh sekumpulan lelaki yang tular di Facebook hanya salah faham. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya difahamkan enam lelaki terbabit merupakan pekerja kontrakor Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT 2).