Tingkatkan kebolehpasaran graduan menerusi program berasaskan kerja

Program pembelajaran berasaskan kerja sehingga dua tahun dengan penekanan diberikan kepada aspek kemahiran dan pengalaman industri mampu membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata program dua tahun di universiti dan dua tahun dalam industri 2u2i serta setahun dalam industri 2u1i yang dilaksanakan universiti awam mendapat maklum balas positif oleh pihak industri.