Tiga termasuk bayi tujuh bulan maut dalam kemalangan

Tiga sekeluarga maut termasuk seorang bayi lelaki berusia lingkungan tujuh bulan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Kayan, di sini, awal pagi tadi.