Tutup

Tiga hingga empat hari jangkaan padam kebakaran Kampung Pekajang

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menjangkakan kebakaran hutan yang berlaku di Kampung Pekajang di Iskandar Puteri dapat dipadamkan sepenuhnya dalam masa tiga hingga empat hari lagi. Menurut pengarahnya, Datuk Yahaya Madis ketika ini seluas 9.5 hektar kawasan kebakaran berjaya dipadamkan daripada 16 hektar sebelum ini.