Tidak pantau punca suami isteri maut insiden runtuhan

Lam Thye turut mencadangkan agar penguatkuasaan diperketatkan dengan setiap kontraktor yang mahu membida kontrak perlu kemukakan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada pemaju mengenai dasar keselamatan sebelum boleh diberikan kontrak. Katanya dengan langkah ini, kontraktor akan lebih menitik beratkan soal keselamatan sebelum dibenarkan untuk mendapatkan kontrak pembinaan bangunan.