Tutup

Tidak mengaku bakar kilang

Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, Sungai Petani atas pertuduhan melakukan khianat dengan api di sebuah kilang di kawasan perindustrian Bakar Arang pada April lalu. Tertuduh, M Kahtiresan, P Selvanathan, dan Lim Chee Kwang mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.