Tutup

Tiada unsur jenayah kematian Nora Anne

Polis mengesahkan tiada unsur jenayah mahupun kesan rogol di sebalik kematian Nora Anne Quoirin, yang dilaporkan hilang di sebuah pusat peranginan di Pantai Hill, Nilai pada 4 Ogos lalu. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, remaja perempuan warga Ireland berusia 15 tahun itu meninggal dunia akibat kebocoran pada usus kerana tidak makan dalam tempoh lama.