Tiada pergolakan antara Tun Mahathir dan Muhyiddin

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun nafikan hubungan antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dingin, seperti yang tular di media sosial. Beliau yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) menjelaskan, tiada pergolakan berlaku antara kedua-dua pemimpin dalam parti itu.