Tutup

Tiada lagi wang percuma untuk rakyat - PM

Kerajaan Pakatan Harapan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tindakan kerajaan terdahulu dalam memberikan wang percuma kepada rakyat semata mata demi meraih sokongan. Jelas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tindakan terbabit adalah sebagai salah satu cara dalam mengelakkan rakyat menjadi kurang berusaha dalam meraih pendapatan selain hanya mengharapkan bantuan kerajaan semata mata.