Tutup

Tiada kompromi kualiti pendidikan pelajar di KPM

Kualiti pendidikan program matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu selaras dengan keperluan di universiti awam pada peringkat ijazah pertama tanpa sebarang kompromi dengan tambahan 15 ribu kemasukan. Pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia,Profesor Madya Dr Shahabuddin Hashim berkata, keutamaan pelajar ke KPM juga perlu mengambil kira kualiti keputusan berdasarkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.