Tiada harga di kampung, nilai kedondong tinggi di mata usahawan

Terkejut ketika minum jus kedondong yang harganya RM4 segelas di Kuala Lumpur. Ia bagaimanapun membuka minda pesara Angkatan Tentera Malaysia ATM membuat keputusan untuk pulang ke kampungnya di Perlis dan mengusahakan sendiri kebun kedondong. Hasilnya kini Ismail Md Isa bukan sahaja bergelar usahawan, tetapi amat dekat dengan buah berkenaan.