Tutup

Tersalah masuk 'gear', warga emas rempuh restoran

Gara-gara tersalah masuk gear kenderaan seorang warga emas secara tidak sengaja merempuh masuk ke sebuah premis makanan di Jalan Prima Setapak 3, Kuala Lumpur. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya kejadian berlaku pada 11 pagi melibatkan seorang lelaki berusia 76 tahun yang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi.