Terpulang kepada Zahid untuk kembali bertugas atau tidak - Ku Li

Terpulang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk terus bercuti daripada jawatannya sebagai Presiden UMNO atau sebaliknya. Bagi Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah , Ahmad Zahid dipilih secara demokratik sebagai presiden parti tiada siapa yang boleh menghalang beliau jika beliau mahu kembali menjalankan tugasnya sebagai presiden.