Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Telur ayam dan bawang besar antara barangan paling dicari

Telur ayam dan bawang besar menjadi barang runcit atau bekalan makanan paling laku dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Rabu lalu. Tinjauan Astro AWANI di beberapa kedai runcit sekitar pekan Pokok Sena mendapati stok kedua-dua barangan berkenaan tidak mencukupi memandangkan menerima permintaan yang tinggi daripada orang ramai.