Tutup

Tarif lama yang perlu dinilai semula

Cajnya hanya RM2 sebulan untuk rumah kos rendah dan RM8 sebulan bagi rumah teres, berkembar dan banglo itulah kadar yang dikenakan Syarikat Pembentungan Nasional, Indah Water Konsortium Sdn Bhd atau IWK. Persoalannya apakah kadar ini efisyen dengan taraf perkhidmatan yang diberikan? Awani 745 malam ini cuba menyelami secara rasional tentang wajarkah caj perkhidmatan pembentungan negara dinaikkan. Laporannya bersama Raja Hisham Raja Zaid.