Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tanpa pinjaman, Lee Beauty Saloon, Restoran Mi Kolok Hj Salleh dan Syarikat Surjit Kaur hanya mampu bertahan sebulan - Presiden MATA

Ketiga-tiga contoh syarikat PKS yang digunakan Perdana Menteri semasa pengumuman bantuan kepada sektor perniagaan menerusi Langkah Tambahan PRIHATIN hanya mampu bertahan dalam masa sebulan, jika ketiga-tiga syarikat itu tidak melakukan pinjaman bank untuk dapatkan bantuan tunai. Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Datuk Abdul Aziz Abu Bakar berkata berdasarkan anggaran beliau, ketiga-tiga syarikat itu masih sukar untuk kekal bertahan jika PKP dilanjutkan lagi.