Taj International College Ipoh muncul perintis program 2u2i golongan B40 luar bandar

Taj International College Ipoh muncul sebagai perintis Program Seminar Universiti dan Industri untuk tujuan mendekati pelajar menengah atas bagi mempersiapkan mereka ke alam pekerjaan kelak. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tina Tajuddin berkata program itu dilaksanakan khusus bagi pelajar yang sedang menduduki SPM di sekitar luar bandar agar mereka tidak tercicir daripada kemajuan pendidikan negara ini.