Tahap sokongan kepada Pakatan Harapan merosot

Menjelang setahun pentadbiran Pakatan Harapan, badan kajian Merdeka Centre mendakwa tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan merosot. Kaji selidik Merdeka Centre mendapati, tahap sokongan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan kini merosot kepada 39 peratus pada 31 Mac 2019 berbanding 79 peratus pada 31 Mei 2018.