Susulan letupan kilang petrokimia di Pengerang

Sebuah kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor meletup dan terbakar kira-kira jam 1.28 pagi tadi. Menerusi video yang tular di media sosial, letupan itu dipercayai turut menyebabkan gegaran yang dapat dirasai sehingga ke Pasir Gudang. Untuk perkembangan terkini, terus sahaja bersama rakan setugas yang kini berada di Johor Bharu, Firdaus Azil.