Tutup

Suami isteri maut, anak terselamat kenderaan jatuh gaung

Sepasang suami isteri maut, manakala dua anak mereka cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas lalu jatuh ke dalam gaung di kilometer 1, Jalan Jiwa Murni Nanga Mujong dekat Kapit petang Rabu. Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, Guntur Dampa, 43 tahun, dan isteri, Lucy Bekeh, 38 tahun yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux maut selepas tercampak keluar dari kenderaan.