Stor perkahwinan, katering musnah terbakar

Sebuah stor menyimpan barangan perkahwinan dan katering musnah dalam kebakaran di Kampung Sura, Dungun pada Selasa. Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu disedari pengguna jalan raya selepas melihat kepulan asap dari atap stor tersebut.