Tutup

SPR kaji jumlah tempat mengundi seluruh negara

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini sedang melakukan kajian dan pemeriksaan di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh negeri sama ada sekolah atau dewan sedia ada, sesuai dijadikan lokasi mengundi. Ia bagi memastikan PDM mampu menampung jumlah pengundi yang dijangka meningkat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.