Tutup

Sistem Tempat Letak Kereta Pintar akan dilaksanakan di Pulau Pinang

Kerajaan Pulau Pinang bakal melaksanakan Sistem Tempat Letak Kereta Pintar (PSP) mulai Isnin sehingga Disember ini bagi memudahkan pembayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pelaksanaan sistem berkenaan masih dalam fasa perintis. Ia melibatkan 36,000 petak tempat letak kereta (TLK) di seluruh negeri itu.