Siapakah calon PH dan BN untuk PRK Semenyih?

Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja perlu meletak calon muda dan berpendidikan tinggi dalam meraih keyakinan pengundi di Semenyih, alah perlu ada 'x factor' lain sebagai jaminan kemenangan, kata Exco Armada Muzzammil Ismail. Bagi Pengarah Startegi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Wan Agyl Wan Hassan pula penting ialah calon yang ditampilkan itu nanti perlu bertanding atas tiket Barisan Nasional dan bukan parti komponen.