Shabery Cheek selar Pakatan jalin kerjasama dengan Tun M

Dengan menjalin kerjasama dengan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan secara tidak langsung bersetuju dengan hukuman penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata dengan membenarkan Dr Mahathir berkongsi pentas dengan mereka, pakatan seolah-olah mengakui kesilapan mereka berhubung dakwaan terhadap Anwar.