Setiausaha Agung PAS beri keterangan di SPRM

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan PAS menerima wang berjumlah RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Menurut sumber SPRM pemimpin PAS itu tiba pada kira-kira 9.20 pagi.