Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Setiap keputusan KKM berlandaskan data dan fakta

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kakitangan dan pegawai KKM yang terlibat dalam menangani pandemik COVID-19 akan melakukan perancangan setiap hari bermula pukul 8 pagi sebelum mesyuarat dengan barisan Menteri Kanan. Tegasnya, setiap keputusan yang dibuat oleh KKM sebenarnya dicapai bersama menerusi perbincangan secara bersepadu dengan kementerian lain dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.