announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Seorang rentung, tiga lagi cedera kereta langgar pokok

Seorang lelaki maut manakala tiga rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Kilometer 19.5, Lebuhraya ELITE, Cyberjaya. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.19 pagi Ahad.