Seorang lagi anggota polis direman SPRM

Seorang lagi anggota polis berpangkat koperal ditahan reman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung salah laku menerima rasuah dari orang awam sebagai dorongan mereka tidak ditahan atas kesalahan menagih dan memiliki dadah. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).