Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Seorang kakitangan Wisma Putra dijangkiti COVID-19

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa terdapat satu kes positif melibatkan seorang kakitangan di kementerian beliau pada Sabtu. Menurutnya kes tersebut dikenal pasti selepas melalui satu saringan kesihatan yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan di Wisma Putra.