Tutup

Selangor sebagai hab perniagaan di rantau Asean

Selangor komited dalam mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai hab perniagaan antarabangsa khususnya di rantau Asean dan seterusnya menjadi pintu masuk untuk aktiviti dagangan di Malaysia.. Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata Kedudukan Selangor yang strategik dengan lebih 3.4 juta tenaga kerja dari pelbagai bidang menjadi kelebihan bagi negeri ini untuk menarik pelaburan di sini. Ikuti perkembangan lanjut Dania Zainuddin yang kini mengikuti Persidangan Perniagaan Antarabangsa Selangor 2019 yang ketiga di Pusat Perdagangan Dan Pameran Malaysia (MITEC).