Tutup

Selangor sasar pelaburan RM10 bilion bagi 2019

Selangor kini dalam landasan baik untuk mencapai sasaran pelaburan RM10 bilion pada tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Incorporated) MBI, Raja Shahreen Raja Othman, usaha meningkatkan pelaburan mampu meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang sekaligus dapat memperkasakan kehidupan rakyat Selangor.