Tutup

Selami budaya kampung untuk belajar bahasa Melayu

Keunikan yang ada di Kampung Kota Aur, Kepala Batas membuatkan pelajar luar negara mahu mendalami dan memahami bahasa Melayu melalui pelbagai aktiviti setempat. Malah, mereka berminat untuk mempelajari cara membuat bedak sejuk, kukur kelapa dan menganyam daun ketupat sebagai cara untuk mendalami budaya orang Melayu dan bahasa Melayu.