Tutup

Sekitar penghormatan terakhir buat Abdul Aziz Abu Bakar, Naib Presiden MAPIM

Naib Presiden MAPIM, Abdul Aziz Abu Bakat telah meninggal dunia semasa menjalani rutin dialisis pada Isnin. Beliau merupakan individu yang menggerakkan misi kemanusiaan di bawah MAPIM untuk pelarian di Palestin dan Syria. Sehingga hari ini, lebih 20 masjid telah berjaya dibina melalui usaha yang digerakkan beliau. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut, Kuala Lumpur pada 6:35 petang Selasa. Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat Negeri Selangor daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri tahun lalu.