Sasar lahir 200,000 usahawan penggal pertama pemerintahan PH

Kerajaan menyasarkan untuk melahirkan kira-kira 200 ribu usahawan sepanjang penggal pertama pentadbiran Pakatan Harapan. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Dr Hatta Ramli berkata, usaha itu akan digembleng dengan kementerian dan agensi berkaitan dengan kementeriannya menjadi peneraju kepada usaha berkenaan.