Tutup

Sabah henti semua penerbangan ke Wuhan

Semua penerbangan dari Sabah ke Wuhan, China telah dihentikan berikutan penularan 2019 novel koronavirus (2019 N-CoV) yang melanda wilayah berkenaan. Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew, setiap minggu terdapat 14 penerbangan ke Wuhan, China. Namun penerbangan itu akan beroperasi semula apabila wabak koronavirus dapat diselesaikan.