Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

RUU langkah sementara COVID-19 kurangkan kesan sosial dan ekonomi

Kerajaan sedang merangka rang undang-undang langkah sementara untuk mengurangkan kesan sosial dan ekonomi berikutan COVID-19. Menteri Kanan Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, disebabkan hubungan dengan orang ramai sangat penting, platform perundingan dalam talian kini dikendalikan dan ditadbir oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).